Friday, April 13, 2012

Rosemary Roasted Chicken.













Rosemary roasted chicken

Bahan-bahan

1 ekor ayam (ikut suka nak belah mcmana.. xnak belah pun ok)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n tabur lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- aku gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
2 sudu daun rosemary kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan taburkan daun rosemarry kering dan kemudian bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Kentang putar:

kentang 6 biji
susu segar
sedikit butter
garam

sos lada hitam:

stok ayam
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit kicap pekat
lada hitam
sesudu tepung jagung (dibancuh dengan air suam)
beberapa helai dun bay
(korang adjust ikut rasa korang la)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...