Wednesday, January 25, 2012

Kurimu Shichu (Chicken Cream Stew)



Kurimu Shichu @ Chicken Cream Stew
Bahan-bahan
2 ketul peha@dada ayam boneless - potong kecil
2 batang carrot - potong
1 biji bawang besar - potong baji
1 biji kentang - belah 4/6
1 pokok brokoli besar - ceraikan dan potong
1 1/2 cawan susu segar
2 1/2 cawan air
2 kiub pati ayam - aku guna 1 je
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar cream cheese - aku bubuh yogurt
black pepper
garam
Cara-cara
Rebus daging ayam dengan 21/2 cwn air. Masukkan kiub ayam skali. Masak sehingga daging empuk@masak. Toskan. Simpan stok air rebusan tadi.
Rebus sayur-sayuran yg telah dipotong sehingga empuk dan toskan. Bleh ltk sayur2 lain jika anda suka.
Panaskan butter. Masukkan bawang besar. Tumis hingga naik bau.
Kecilkan api, masukkan tepung. kacau cepat2 supaya tak hangus. Kacau hingga tidak bergentel dan berkrim.
Masukkan susu dan juga air rebusan stok ayam tadi. Didihkan hingga kuah berbuih2 dan agak pekat.
Kemudian masukkan ayam dan juga sayuran2. Perasakan dengan garam (jika perlu, sbb stok ayam dah masin) dan juga black pepper. Didihkan smula. dan matikan api.
Sedia dihidang. Enak di makan panas2 dikala waktu hujan..

*Tq hana for da resepi..

Rich Oreo Choc Brownies



Rich Oreo Choc Brownies
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt*(* mixed together)
1/2 packs Oreos Cookies- break & mix with 15g Flour
chocolate chips

METHOD:
Melt chocolate & add butter.Stir until smooth.
Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos and chocolate chips
Bake 170C for 45 min

*tq hana for the recipe..

Ayam Masak Merah :)





Assalamualaikum..
Ni aku nak kongsi resepi Ayam masak merah bujang.. hehe.. lauk ni aku masak ikut cara aku sendiri la.. sesuai dihidangkan untuk 4 atau 5 org.. hehehe.. selamat mencuba ye kawan2..



Bahan-bahan ( 4-5 orang )

1 ekor ayam
sedikit garam dan kunyit

Bahan-bahan A (kisar):
10 tangkai cili kering
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Bahan-bahan B:
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram

lada bengala (ikut suka nak letak banyak mana)

Hiasan ikut suka korang la ek..

Cara-cara

Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis Bahan A sehingga naik bau. Kemudian masukkan Bahan B. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masukkan lada bengala. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Resepi Roti Pound. :)

Salam.. ni aku nak post resepi untuk Roti.. selamat mencuba.. sebelum tu layan dulu gambar2 roti yang aku buat ni ok.
*Sorry sebab aku lupa ambik gambar roti ni yg belum dibakar..







Bahan-bahan
6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
1 sudu bread improver
1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan
sedikit pewarna kuning (aku xletak)

Cara-cara
Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
Masukkan tepung dan bread improver kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.
Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

Sunday, January 15, 2012

Chocolate Chip Banana Muffin





CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN

 Bahan-bahannya:

 1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum

 3/4 cawan gula *kurang ke 1/2 cawan (nak pakai brown sugar pun boleh)

1 teaspoon baking powder

1 teaspoon baking soda

1/2 teaspoon garam

1 biji telur

1/2 cawan minyak

1/2 cawan plain yogurt bersamaan 1 bekas yogurt 140ml.

1 teaspoon vanilla extract

1 cawan pisang lecek

3/4 cawan semisweet chocolate chips

Caranya:

1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata

2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.

4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.



Nota: Gaul adunan ni sekejap sahaja sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah.

Sunday, January 8, 2012

Shepherd's Pie




BAHAN-BAHAN :

Inti

1 peket daging cincang
3 biji bawang besar potong dadu
2 sudu besar tepung gandum
Garam
3 sudu butter
1 sudu minyak
Serbuk lada hitam secukupnya
Mix Vegetable secukupnya

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu . Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata . Masukkan mix vegetable dan black pepper . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam, kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.



MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk
5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni .

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

Sediakan bekas , masukkan bahan inti daging dan ratakan. susun chesdale diatas inti(menutupi inti)

Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan . Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging .
Taburkan mozzarella cheese diatasnya. Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.

Sunday, January 1, 2012

Puding Trifle







Puding Trifle

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar

Cara:

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...