Wednesday, January 25, 2012

Resepi Roti Pound. :)

Salam.. ni aku nak post resepi untuk Roti.. selamat mencuba.. sebelum tu layan dulu gambar2 roti yang aku buat ni ok.
*Sorry sebab aku lupa ambik gambar roti ni yg belum dibakar..







Bahan-bahan
6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
1 sudu bread improver
1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan
sedikit pewarna kuning (aku xletak)

Cara-cara
Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
Masukkan tepung dan bread improver kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.
Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...