Saturday, March 24, 2012

RESEPI KEROPOK LEKOR












RESEPI DIAMBIL BULAT2 DARI: MR.CHEFWANNABE BLOG.
KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang/ikan kembung-(aku guna ikan kembung)
6 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu-( aku guna tepung ubi kayu )
garam secukup rasa-(part ni paling vital and crucial sebab kalau tak cukup garam nati keropok korunk masa da goreng rasa tawar heber= tak sedap langsung.
sedikit air-(guna sesikit mungkin )

Cara-cara
1. Bersihkan dan asingkan dari tulang.Amik isi dan kulit saja
2. Kisar isi ikan tue dalam food processor.Kalau guna blender jgn guna air.Kisar kering.
3. Tambah garam,isi ikan dan tepung dan gaul sebati
4. Tambah air sampai adunan jadi mcm doh
5. Uli dan bentukkan memanjang
6. Didihkan air dan rebus keropok lekor sehingga keropok lekor timbul (tanda sudah masak)
7. Angkat dah toskan.Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah di goreng.


TQ Rushdi..:D

Tuesday, March 20, 2012

Support Kawan-kawan.


salam.. hehe.. dah lama xbercerite.. selalu post resepi dan gambar masakan je.. harini aku nak bercerita skit. Actually bukan cerita apa pun.. Aku just nak kongsi ngan korang.. Blog kawab aku.. MR.ChefWannaBe. kitorg sama2 ada minat memasak.. Resepi dia pun Best2 jugak.. Gambar2 pun menarik.. Nampak menyelerakan.. So, kalau korang singgah blog aku ni.. jangan lupa singgah kat blog kawan aku tu ok..
KLIK SINI untuk link. Kat Bawah ni ada gambar blog dia yang aku printscreen kan.. So jangan lupa singgah ok.. Alhamdulillah.. ramai kawan2 yang suka masak.. Aku suka.. sebab memasak ni ! benda yang murni.. Boleh? ayat murni tu? hahahaha.. Aku support je kawan2 yang ada minat yang sama ngan aku.. iaitu MEMASAK. Senang nak kongsi resepi yang best2 dan sedap2. ok lah.. Cukup untuk hari ini.. jumpa lagi dimasa akan dtg.. TATA..


Saturday, March 17, 2012

Kek Buah





Bahan:
380 gm susu pekat manis *
400 gm mixed fruits *
250 gm butter *
1 cawan air * (250 ml)
2 biji kuning telor
3 cawan tepung gandum (+- 380 gm)
1 sk baking soda
1/2 cawan orange juice dari 2/3 biji orange
Cara Membuat:-
Masukkan bahan-bahan (*) dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau hingga butter dan susu larut. Alihkan dan sejukkan dalam fridge selama 3 - 4 jam. Kemudian keluarkan dan campurkan dengan kuning telor dan kacau rata. Kemudian ayak tepung dan baking soda dan masukkan sedikit-sedikit dalam campuran buahan tadi. Masukkan pula orange juice dan kacau rata dengan spatula. Panaskan oven dengan suhu 170 deg. Celcius dan grease pan ukuran 8"x8". Tuangkan adunan dan bakar selama kurang lebih 1 jam

Ikan Patin Masak Tempoyak





Bahan-bahan utama

Seekor ikan patin (eloknya ikan patin sangkar) ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk hilangkan hanyir selama kira-kira 1 jam.
2 ulas kunyit hidup (bukan serbuk kunyit)
6 biji bawang kecil.
20 biji cili padi (bergantung pada suka pedas mana ya)
2 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan ( yang guna untuk masak laksa tu)
sedikit asam keping
air
garam secukup rasa
gula (jika perlu dan jika suka)

Cara memasaknya

Kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk yang bersama air. Lepas tu kacau sehingga rasa dan masukkan asam keping. Letak di atas api dan biarkan selama kira-kira 3 minit. Masukkan ikan yang dibersihkan tadi, masukkan bunga kantan dan daun kesum.

Masukkan garam secukup rasa, adjustlah kalau takut pedas dengan mengurangkan jumlah cili tadi. Kalau terlajak, adjust dengan meletakkan sedikit gula.

resepi dari :http://www.ibnukhusairy.com/2011/02/24/slurrpp-resepi-ikan-patin-masak-tempoyak/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...