Sunday, January 15, 2012

Chocolate Chip Banana Muffin





CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN

 Bahan-bahannya:

 1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum

 3/4 cawan gula *kurang ke 1/2 cawan (nak pakai brown sugar pun boleh)

1 teaspoon baking powder

1 teaspoon baking soda

1/2 teaspoon garam

1 biji telur

1/2 cawan minyak

1/2 cawan plain yogurt bersamaan 1 bekas yogurt 140ml.

1 teaspoon vanilla extract

1 cawan pisang lecek

3/4 cawan semisweet chocolate chips

Caranya:

1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata

2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.

4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.



Nota: Gaul adunan ni sekejap sahaja sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...