Wednesday, June 27, 2012

Rendang Ayam









  • Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam.

  • Bahan2 dikisar:-

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 7-9 biji cili api (kalau nak pedas boleh letak lebih..)
  • 15 tangkai cili kering (saya rebus dulu)
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara Memasak:-Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun limau purut, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.

Masukkan garam, gula, kerisik dan daun limau purut dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

2 comments:

  1. nanti raya nk datang umah la blh?dapat mamam rendang awk wat..hehhehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...