Sunday, May 20, 2012

ch0c cake





resepi ch0c cake
Bahan A:
2 biji telur

Bahan B:
(di ayak bersama)
2 cawan tepung kek
1/2 cawan koko
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan C:
1 cawan gula kasar
1 cawan gula perang

Bahan D:
1 sudu kecil esen vanilla
1 setengah cawan susu coklat ducthlady
1 cawan minyak
2 sudu kecil Nescafe (dicampur dgn setengah cawan air)

Bahan topping:
3 sudu besar koko (di ayak)
1 sudu besar minyak
Susu pekat secukupnya
Choc rice utk hiasan

Cara-cara:

1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Setelah kembang, masukkan bahan C dan D. pukul hingga sebati (anggaran masa 3 minit)
3. Kemudian, masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan oven selama 10 minit.
5. Masukkan acuan ke dalam loyang (alas dgn kertas minyak)
6. Bakar dalam oven dengan suhu 175 darjah celcius selama 1 jam 20 minit.



Cara-cara utk topping:

1. Masakkan bahan topping dlm api kecil. Kalau pekat, tambah susu pekat sedikit demi sedikit.

2. Pastu sapu di bahagian atas dan tepi kek.

3. Taburkan choc rice.

thanks ezahd.kocek

Asam Pedas.








Sunday, May 13, 2012

Blueberry Cheesetart



Bahan-bahan ( 12 biji )

PASTRY 

160g butter

80g gula castor

1 st vanilla esen

sedikit garam

1 biji telur

250gm tepung gandum

BAHAN ISIAN CHEESE

250gm cream cheese (Philadelphia)

3/4 cwn gula icing

1 biji telur

1/2 cwn whipping cream

1 camca teh esen vanila

Blueberry filling secukupnya

*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Cara-cara

1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.

4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.

5. Tekan doh pada acuan tart.

6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga sebati

8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.

9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.

10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya

11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Laksa


Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan optional*
  • petis udang

Cara-cara

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya                 

Sunday, April 29, 2012

Buttermilk Chicken










Ingredients:
500g boneless chicken, cut into cubes/strips
Cornflour
Butter or margarine, 4-5 tablespoons
1 stalk curry leaves
Dried chillies, chopped, to taste (you can use fresh cili padi, if you want)
Evaporated milk, 150ml (susu cair)
2 tablespoons white sugar, 1 tablespoon brown sugar (adjust as you like)
Salt and pepper, maybe some chicken stock
What to do:

  1. Season chicken with salt, pepper and chicken stock. Coat with corn flour and fry. (deep fry or shallow, I just used shallow frying) Try and get it golden brown. Set aside.
  2. Melt butter over a gentle heat and fry chopped chillies and curry leaves until it starts to smell good *drool*
  3. Add evaporated milk and sugar. Stir until the sugar is dissolved. Keep the pan on the heat until the sauce is nice and thick. (Butter should be combined with milk - just like white sauce!)
  4. Add in fried chicken. Mix well to cover in the sauce. Serve!

Roti Jala




                                      






Bahan-bahan:240gm tepung gandum
1/2 camt garam
2 biji telur - dipukul sedikit
150ml susu cair
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
minyak untuk mengris

cara:
  • ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan
  • masukkan garam, telur, pewarna kuning, susu cair, air secukupnya dan pukulkan sehingga rata
  • bancuh sampai larut adunan
  • pastikan bancuhan tidak begitu pekat atau cair
  • kemudian tapiskan
  • panaskan kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak
  • kemudian letakkan adunan ke dalam botol acuan dan putarkan mengikut corak yang disukai
  • biarkan sebentar dan kemudian angkat
  • lakukan sehingga habis adunan digunakan
  • ambil sekeping roti jala tadi dan gulungkan
  • susunkan ke dalam piring dan hidangkan bersama2 dengan kuah kari atau kuah durian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...